Mynet2u Home
Langkah Permulaan ke arah Bisnes di Internet
Internet pada hari ini tidak dapat dinafikan memainkan peranan besar dalam hidup kita seharian. Menjadi satu sumber penting dalam mencari informasi tidak mengira apa jua bidang samada pendidikan, hiburan dan juga peluang-peluang perniagaan atau bisnes untuk mendapatkan wang atau hanya sekadar duit poket sebagai sumber pendapatan sampingan.
Oleh itu jika anda juga sedang berkira-kira untuk menceburi perniagaan di internet untuk mencari duit lebih atau anda telah pun berbuat demikian tetapi masih tidak membuahkan hasil atau menjana sebarang pendapatan, mungkin kandungan web Mynet2u ini dapat menolong anda merealisasikan impian anda untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui internet.
Rangkuman Topik dan Kandungan Mynet2u
Kandungan dan artikel website Mynet2u seperti yang anda lihat di sebelah kanan adalah berkait rapat antara satu sama lain. Semua ini diperlukan jika anda ingin berjaya dalam perniagaan atau bisnes di internet.
Satu perkara yang perlu anda ingat ialah "Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek". Sama juga seperti perniagaan atau bisnes di internet, usaha, sabar dan tidak mudah putus asa perlu ada dalam diri anda. Barulah duit yang anda impikan akan diperolehi.
Baiklah, di bawah adalah serba sedikit penerangan mengenai topik dan artikel yang akan anda perolehi dalam website Mynet2u.com :-
Panduan dan nasihat menyeluruh untuk anda memulakan perniagaan dan bisnes, kerja sambilan di rumah dan menjana pendapatan sampingan di internet.
Juga tip-tip dan cadangan jenis perniagaan atau ebisnes yang boleh anda ceburi untuk menambah pendapatan sampingan.
Pemasaran atau promosi adalah suatu topik yang paling penting jika anda menceburi perniagaan atau ebisnes di internet. Tanpa strategi pemasaran atau promosi, tidak kira sebagus mana pun produk anda, tidak mungkin anda akan memperolehi duit dari produk itu.
Artikel dalam bahagian ini akan memberi panduan bagaimana anda mempromosi produk melalui laman web anda sendiri atau tanpa laman web.
Mempunyai laman web anda sendiri adalah tidak kurang pentingnya dalam perniagaan atau ebisnes di internet. Walaupun anda masih boleh memasarkan atau mempromosi produk anda tanpa website tetapi dengan adanya laman web, anda dapat mempromosikan produk anda secara tetap atau boleh diumpamakan anda mempunyai kedai sendiri untuk menjual produk anda. Website juga akan menambah keyakinan bakal pelanggan untuk membeli produk anda.
Ebook percuma "Panduan Menjana Pendapatan" yang boleh anda download untuk menambah pengetahuan anda. Panduan kerja sambilan untuk anda menambah pendapatan tidak kira melalui internet, suratkhabar dan lain-lain lagi.
Memandangkan ebook "Panduan Menjana Pendapatan" ini adalah percuma, maka anda dinasihat tidak menjual semula ebook ini tetapi anda bebas memberikan kepada sesiapa sahaja samada meletakkan ebook ini di dalam website anda untuk download. Jika sebelum ini anda menjual ebook, anda boleh sertakan ebook "Panduan Menjana Pendapatan" sebagai hadiah percuma kepada pelanggan anda.
Program affiliate Mynet2u eBiz menawarkan pendapatan lumayan kepada sesiapa yang menyertainya. Anda tidak perlu mempunyai produk sendiri. Apa yang perlukan hanyalah menjadi affiliate atau ejen kepada MyNet2u eBiz dan mempromosikannya. Pembayaran adalah berdasarkan komisen jualan sehingga 5 level.
Sebenarnya sebelum ini saya tidak ambil tahu tentang E-gold sehinggalah saya melibatkan diri dalam HYIP (High Yield Investment Program) atau dalam bahasa melayunya Program Pelaburan Berisiko Tinggi.
Untuk pengetahuan anda, E-gold adalah alternatif kepada Kad Kredit dan digunakan secara meluas dalam urusan pelaburan HYIP....(teruskan)
HYIP adalah singkatan dari High Yield Investment Program atau dalam Bahasa Melayunya Program Pelaburan Berisiko Tinggi. Menawarkan kadar faedah (interest) atau keuntungan jauh lebih besar berbanding bank yang hanya sekitar 5% ~ 7% setahun. Ini menyebabkan pelaburan di dalam HYIP menjadi kegilaan kebanyakan orang kerana keuntungan pelaburan HYIP adalah sekitar 1% ~ 5% sehari malah ada yang menawarkan lebih dari itu..... (teruskan)
Komen dan Cadangan
Sebarang komen, pertanyaan dan cadangan dari anda adalah sangat dialu-alukan untuk memantapkan lagi website Mynet2u.com .
Sila ke bahagian Hubungi Kami untuk memberi sebarang komen atau cadangan.
Diharap website Mynet2u.com dapat menambahkan lagi pengetahuan anda mengenai internet dan peluang-peluang menambah pendapatan.

