Apa Itu E-gold

Pengenalan Kepada E-gold

Sebenarnya sebelum ini saya tidak ambil tahu tentang E-gold sehinggalah saya melibatkan diri dalam HYIP (High Yield Investment Program) atau dalam bahasa melayunya Program Pelaburan Berisiko Tinggi.

Untuk pengetahuan anda, E-gold adalah alternatif kepada Kad Kredit dan digunakan secara meluas dalam urusan pelaburan HYIP. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai HYIP di http://www.mynet2u.com/apa_itu_hyip.html .

Baiklah, saya akan sambung semula mengenai E-gold. Anda mungkin tahu dan pernah dengar mengenai PayPal iaitu matawang elektronik yang sangat popular digunakan dalam urusniaga internet. E-gold juga lebih kurang sama seperti PayPal, cuma bezanya E-gold disandar berdasarkan harga emas semasa pasaran dunia dan ianya telah wujud sejak tahun 1996.

Mengapa E-gold menjadi sangat popular di dunia dan di Malaysia? Ini kerana sesiapa sahaja boleh membuka akaun E-gold. Ianya percuma apabila membuka akaun dan paling penting, kad kredit tidak diperlukan untuk membuka akaun E-gold. Yurannya juga rendah iaitu hanya 1% daripada bayaran yang diterima melalui E-gold manakala tiada yuran dikenakan apabila anda membelanjakan E-gold.

Sistem E-gold

 Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini E-gold disandar berdasarkan emas. Oleh itu untuk menjalankan urusniaga melalui E-gold, anda perlu mempunyai akaun E-gold dan juga mempunyai sejumlah emas di dalam akaun tersebut yang dinilai beratnya dengan menggunakan unit Troy Ounces(XAU) dan juga Grams(AUG). Setelah itu nilai berat emas tersebut akan di tukar kepada nilai matawang seperti US Dollar dan ianya akan berubah mengikut harga emas dunia.

Untuk lebih memahami sistem pengiraan nilai E-gold, sila lihat di bawah:

1 Troy Ounce(XAU) = 31.1034768 grams(AUG)

Harga bagi 1 Troy Ounce emas dalam US Dollar pula berubah-ubah mengikut harga emas dunia, semasa saya menulis artikel ini harga emas bagi 1 Troy Ounces ialah US$620.50 manakala harga emas bagi 1 Gram ialah US$19.95 .

Anda boleh merujuk harga emas semasa dengan melihat graf di bawah:

 

 

Anda mungkin terfikir "Wah! susahnya berurus niaga dalam E-gold".

Sebenarnya tidak susah, walaupun ianya dinilai berdasarkan berat emas tetapi di dalam akaun berat emas tersebut ditukarkan secara automatik ke US Dollar. Maknanya jika anda mempunyai US$10 di dalam akaun, ianya akan disebut sebagai "US$10 worth of gold" atau dalam bahasa melayu "Emas bernilai US$10".

Bagaimana Membuka Akaun E-gold

Langkah pertama anda perlu lawati website E-gold di http://www.e-gold.com/ dan klik pada Create An Account.

Seterusnya klik pada button I AGREE pada page Account User Agreement.

Kemudian anda perlu melengkapkan borang pendaftaran dengan butiran seperti berikut:

  1. Account Name - saya cadangkan menggunakan nama anda sendiri seperti "Ahmad E-gold" dan sebagainya, terpulang kepada anda.
  2. User Name
  3. Point Of Contact - Nama, alamat rumah, email, nombor telefon dan Alternate Passphrase (untuk pengesahan bayaran tetapi jarang digunakan)
  4. Passphrase - istilah bagi password dan digunakan bagi setiap transaksi.
  5. Turing Number Entry - anda cuma mengisi semula nombor yang dipaparkan

Setelah lengkap, tekan button OPEN dan ikut arahan seterusnya. Email bersubjek Welcome new e-gold user! akan dihantar untuk memberitahu nombor akaun E-gold anda.

Catatkan butiran seperti account name, username, passphrase dan nombor akaun E-gold anda di atas kertas sebagai rujukan.

Bagaimana Membeli E-gold dan Membelanjakannya

Sebelum ini saya tersilap kerana menjangkakan yang saya boleh membeli emas dari E-gold.com untuk dimasukkan ke dalam akaun. Sebenarnya tidak, E-gold.com hanyalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan simpanan emas seperti kertaskerja dan dokumen. Jika ada perompak yang memecah masuk pejabat E-gold.com dengan tujuan mencuri emas, mereka tidak akan dapat apa-apa kecuali timbunan kertas dan komputer sahaja.

Untuk membeli E-gold, anda perlu membelinya dari syarikat atau pengedar E-gold yang lain. Apa yang perlu anda lakukan ialah membayar harga E-gold yang anda mahukan kepada syarikat tersebut dan mereka akan mendepositkan e-gold ke dalam akaun anda.

Terdapat banyak syarikat yang mengedar e-gold di dunia dan Malaysia. Selalunya harga bagi US$1.00 e-gold adalah sekitar RM3.85 hingga RM3.90 bergantung kepada tukaran matawang dan "service fee".

Saya pula selalunya membeli E-gold dari syarikat Malaysia iaitu United Marketing Exchange di http://www.umgold.com/ . Service mereka bagus dan cepat dan setakat ini tidak pernah mengecewakan saya. Pembelian boleh dibuat melalui Maybank deposit atau secara transfer online di http://www.maybank2u.com.my .

Mungkin juga pada masa hadapan apabila stok E-gold saya sudah banyak, saya juga akan menjadi pengedar E-gold 

Diharap dengan penerangan panjang lebar artikel ini dapat membantu anda dalam memahami E-gold.
 

Link Berkaitan

Apa Itu HYIP

 

Link Kandungan Mynet2u.com

 

 

 

Ebook Percuma !!

Panduan Menjana Pendapatan Sampingan versi Percuma

Ebook panduan menjana pendapatan sampingan dari rumah percuma



wang pendapatan sampingan

 

 

 

 

 

Valid HTML 4.01 Transitional

Valid CSS!

copyright | privacy | home

Kandungan website Mynet2u.com adalah hakcipta terpelihara. Peniruan secara langsung atau peniruan sebahagian dari kandungan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran. Jika anda dapati informasi di dalam website Mynet2u ini berguna, masukkan link Mynet2u di dalam website anda http://www.mynet2u.com
Copyright © 2005-2007 Mynet2u.com. Alright reserved