Apa Itu HYIP

Pengenalan Kepada HYIP

HYIP adalah singkatan dari High Yield Investment Program atau dalam Bahasa Melayunya Program Pelaburan Berisiko Tinggi. Menawarkan kadar faedah (interest) atau keuntungan jauh lebih besar berbanding bank yang hanya sekitar 5% ~ 7% setahun. Ini menyebabkan pelaburan di dalam HYIP menjadi kegilaan kebanyakan orang kerana keuntungan pelaburan HYIP adalah sekitar 1% ~ 5% sehari malah ada yang menawarkan lebih dari itu.

Sungguhpun begitu, pelaburan HYIP adalah amat berisiko bersesuaian dengan namanya. Anda mungkin boleh membuat duit yang banyak melalui HYIP dan mungkin juga boleh kehilangannya. Dunia internet telah menyaksikan jatuh bangunnya program-program HYIP, ada program yang bertahan sehingga 3 tahun dan ada juga yang hanya bertahan sebulan. Semuanya bergantung kepada nasib, jika anda melabur dalam program yang betul maka bergandalah wang anda, jika tidak leburlah wang anda.

Kebiasaannya tiada syarat tertentu untuk seseorang itu menyertai HYIP, sesiapa sahaja boleh menyertainya asalkan mempunyai wang. Pelaburan minimun selalunya bermula dari US$1.00 hingga US$50.00 bergantung kepada syarat program HYIP masing-masing.

Apa yang paling penting seseorang pelabur itu perlu mempunyai nombor akaun E-gold di laman web E-gold.com kerana urusan pelaburan dan pembayaran interest dibuat melaluinya.

Jika anda tidak tahu apa itu E-gold, anda boleh membaca artikel yang telah saya tulis mengenainya di http://www.mynet2u.com/apa_itu_e-gold.html

 

Siapakah Pengendali HYIP

Kebiasaannya HYIP dikendalikan oleh individu atau kumpulan yang aktif dalam kegiatan jual-beli saham, tukaran matawang (FOREX), bursa komoditi dan sebagainya. Oleh itu wang pelaburan yang mereka dapat dari orang ramai akan digunakan sebagai modal bagi kegiatan tersebut dan sebahagian dari keuntungannya akan dipulangkan kepada pelabur.

Perlu diingat bahawa bukan semua pengendali HYIP menjalankan kegiatan jual-beli saham. Ada sesetengahnya adalah penipu (SCAM), mereka hanya mengamalkan sistem ponzi iaitu mengambil wang pelaburan dari peserta baru dan membayarnya kepada peserta terdahulu. Sudah tentunya apabila keadaan ini berlaku, program tersebut tidak akan bertahan dan akhirnya mereka akan melarikan diri bersama wang pelaburan orang ramai.

Tips Dan Panduan Melabur Dalam HYIP

Memandangkan pelaburan dalam HYIP adalah berisiko tinggi, maka anda perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih program HYIP. Di bawah saya senaraikan beberapa tips dan panduan yang perlu anda fikirkan sebelum menyertai HYIP:

Mengapa Saya Menyertai HYIP

Saya sentiasa memegang prinsip "Duit Cari Duit" dan saya percaya untuk mencari duit, saya perlu mengeluarkan modal dan mengambil risiko. Lagipun saya hanya melabur wang yang mampu saya hilang atau rugi.

Jangan salah faham! ini bukan bermaksud saya orang kaya atau pembazir. Sebenarnya setiap kali menerima gaji bulanan, saya mempunyai bajet tertentu untuk makan, rumah, kenderaan, simpanan, rokok dan hiburan. Oleh itu saya menggunakan sebahagian bajet untuk rokok dan hiburan sebagai wang pelaburan.

Saya percaya anda juga boleh merancang dan membuat bajet untuk mendapatkan wang bagi tujuan pelaburan.

Kesimpulannya... terpulang kepada diri sendiri "Tepuk dada tanya selera" samada anda sanggup menanggung risiko atau tidak. Bak kata pepatah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Kalau anda masih mahu mencuba, mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu.

Selamat berjaya kepada sesiapa yang ingin mencuba

 

Link Berkaitan

Apa Itu E-gold


 

Link Kandungan Mynet2u.com

 

 

 

Ebook Percuma !!

Panduan Menjana Pendapatan Sampingan versi Percuma

Ebook panduan menjana pendapatan sampingan dari rumah percuma



wang pendapatan sampingan

 

 

 

 

 

Valid HTML 4.01 Transitional

Valid CSS!

copyright | privacy | home

Kandungan website Mynet2u.com adalah hakcipta terpelihara. Peniruan secara langsung atau peniruan sebahagian dari kandungan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran. Jika anda dapati informasi di dalam website Mynet2u ini berguna, masukkan link Mynet2u di dalam website anda http://www.mynet2u.com
Copyright © 2005-2007 Mynet2u.com. Alright reserved