Panduan E-Bisnes

Menjana Pendapatan Sampingan Dari Rumah

Tidak dapat dinafikan iaitu menjana pendapatan sampingan dari rumah memang menjadi impian kebanyakan pengguna internet di dunia dan tidak kurang juga di Malaysia.

Sememangnya menceburkan diri dalam dunia perniagaan di internet adalah satu langkah bijak dan akan menjanjikan pendapatan lumayan tidak kira samada secara sampingan atau sepenuh masa. Mengikut kajian, terdapat lebih dari 9 juta pengguna internet di Malaysia. Cuba bayangkan jika 0.1 peratus dari pengguna internet di Malaysia menjadi pelanggan anda, tidakkah ia sesuatu yang menguntungkan.

Jadi persoalannya di sini apakah produk yang sesuai di jual di internet ?  Sebenarnya apa sahaja boleh di jual melalui internet samada berbentuk barangan atau perkhidmatan. Semua itu terpulang kepada kemahuan dan tentunya modal anda.

Pada pendapat saya dan hasil dari pemerhatian saya, terdapat dua jenis perniagaan sampingan yang popular dan mudah untuk dimulakan dari rumah dengan modal yang minimum, iaitu:

Dalam artikel seterusnya saya akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai dua contoh perniagaan di atas.

Membeli Ebook Dan Menjualnya Semula.

Mungkin anda berasa musykil dan bertanya bolehkah kita membeli ebook dan menjualnya semula ? Tidakkah ia menyalahi undang-undang ? Ya, sememangnya ia menyalahi undang-undang jika ebook tersebut mempunyai "Hak Cipta Terpelihara" tetapi pada masa kini terdapat pelbagai ebook tanpa "Hak Cipta Terpelihara" atau "Copyright Free".

Untuk pengetahuan anda, ebook "Copyright Free" memang terdapat banyak di pasaran dunia dan tidak kurang juga di Malaysia. Harga ebook tersebut pula selalunya berpatutan. Anda boleh membelinya dari harga serendah RM20.00 ke atas.

Bagi saya inilah cara yang paling mudah untuk anda memulakan perniagaan sampingan di internet. Jika anda membeli satu ebook "Copyright Free" berharga RM20.00, kemudian anda menbuat promosi dan menjualnya semula dengan harga yang sama kepada 10 orang, dengan mudah anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM80.00.

Jika teknik promosi dan pemasaran anda berkesan, tidak mustahil anda akan dapat menjualnya kepada 100 orang, maknanya keuntungan anda RM1980. Memang menarik!!

Artikel mengenai Panduan Pemasaran Dan Promosi boleh didapati di: http://www.mynet2u.com/pemasaran/index.html

Baiklah, sekarang anda telah mendapat sedikit idea bahawa membeli dan menjual semula ebook "Copyright Free" akan memberi keuntungan. Apa yang anda perlu ambil perhatian ialah tajuk dan kandungan ebook tersebut. Beli ebook yang anda rasa senang dijual semula.

Contoh terbaik ialah ebook mengenai cara-cara menambah pendapatan sampingan. Sememangnya produk mengenai cara-cara menambah pendapatan sampingan mendapat sambutan hangat di Malaysia dan saya percaya yang anda juga sedang mencari produk mengenai cara-cara menambah pendapatan sampingan dari rumah. Mynet2u.com juga mempunyai ebook sebegini dan juga menawarkan program affiliate. Sila lawati http://www.mynet2u.com/ebiz/ untuk keterangan lanjut.

Mengikut kajian "Yahoo Marketing Overture", pada setiap bulan terdapat lebih dari seribu pencarian di "Yahoo Search" yang berkaitan mengenai cara-cara menambah pendapatan sampingan, tidak termasuk lain-lain search engine seperti Google dan Msn. Di bawah adalah senarai sebahagian dari pencarian popular di dalam "Yahoo Search" dalam bulan February 2006 berserta jumlah carian masing-masing.

Melalui statistik di atas jelas menunjukkan bahawa produk menambah pendapatan sampingan memang sentiasa di cari. Terpulanglah kepada anda untuk merebut peluang ini.

Dalam artikel seterusnya saya akan membincangkan satu lagi cara yang lebih mudah untuk menambah pendapatan sampingan iaitu "Menjadi Ejen atau Affiliate kepada sesebuah laman web yang lain dan menerima komisen dari hasil jualan".

Anda boleh membaca artikel Menjadi Ejen atau Affiliate dan Menerima Komisen di http://www.mynet2u.com/ebisnes/agent.html



 

Link Kandungan Mynet2u.com

 

 

 

Ebook Percuma !!

Panduan Menjana Pendapatan Sampingan versi Percuma

Ebook panduan menjana pendapatan sampingan dari rumah percuma



wang pendapatan sampingan

 

 

 

 

 

Valid HTML 4.01 Transitional

Valid CSS!

copyright | privacy | home

Kandungan website Mynet2u.com adalah hakcipta terpelihara. Peniruan secara langsung atau peniruan sebahagian dari kandungan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran. Jika anda dapati informasi di dalam website Mynet2u ini berguna, masukkan link Mynet2u di dalam website anda http://www.mynet2u.com
Copyright © 2005-2007 Mynet2u.com. Alright reserved