Panduan Pemasaran Dan Promosi

Sekarang saya andaikan anda telah pun mempunyai laman web atau satu produk perniagaan untuk dijual melalui internet. Pada hakikatnya ia memang satu langkah bijak kerana terdapat berjuta rakyat Malaysia yang menggunakan internet tetapi masalahnya siapakah akan menjadi pelawat atau pelanggan anda jika tiada promosi dan pengiklanan yang dibuat.

Anda perlu ingat bahawa tanpa promosi, website anda tidak mungkin akan dicapai oleh sesiapa pun. Oleh itu sesuatu harus dilakukan untuk mempromosi laman web atau produk anda.

Dalam artikel seterusnya saya akan menerangkan serba sedikit cara untuk anda mempromosi laman web anda.

* Sebelum itu, sudahkah anda mempunyai produk untuk memulakan perniagaan di internet? Jika belum, Mynet2u eBiz mungkin dapat membantu.

Promosi Melalui Email

Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menghantar email promosi kepada rakan dan kenalan melalui email. Tetapi masalahnya cara ini adalah kurang berkesan kerana ia adalah satu cara promosi yang terhad.

Persoalannya berapa ramaikah kenalan anda di internet. Mengikut kajian, kebanyakan orang tidak suka menerima email berbentuk iklan atau "spam". Kadang-kadang mereka akan terus delete atau tidak menghiraukan email tersebut.

Jadi penyelesaiannya, anda boleh menggunakan kemudahan "signature" yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan email anda. Fungsi "signature" ialah untuk meletakkan nama pada bahagian bawah setiap email yang dihantar. Oleh itu anda bolehlah sertakan sekali alamat website yang ingin anda promosi.

Selain itu, anda juga boleh menyertai ruangan forum dan group internet. Pilih forum dan group yang popular dan mempunyai ahli yang ramai. Sertai sebarang perbincangan di dalam forum dan group tersebut. Jangan lupa menggunakan signature pada setiap email yang anda kirim kepada group atau forum tersebut.

Anda boleh melihat senarai Email Groups di sini:
http://www.mynet2u.com/pemasaran/group_list.html

 

Promosi Melalui Ruangan Iklan Internet

Ini adalah salah satu cara yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia,  ruangan iklan sebegini sememangnya menjadi  tumpuan kerana perkhidmatan ini disediakan secara percuma.

Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan ruangan iklan percuma ialah:

Apa yang anda perlu lakukan ialah mendaftar sebagai ahli dan mula membuat iklan anda sendiri. Cuba bina ayat pengiklanan yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Belajarlah dari iklan-iklan yang sedia ada. Perhatikan iklan yang mendapat jumlah click yang banyak, apakah ayat yang mereka gunakan untuk menarik perhatian orang lain.

Promosi Melalui Search Engine

Promosi melalui search engine adalah satu cara terbaik untuk mempromosi website atau produk anda kepada orang lain. Seperti juga anda, pastinya menggunakan search engine untuk mencari sebarang maklumat atau produk melalui internet.

Secara asasnya terdapat tiga search engine yang popular di dunia, iaitu:

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk menyenaraikan website anda ke dalam search engine tersebut.

Sebenarnya tiada jaminan dapat diberikan untuk sesebuah laman web disenaraikan di dalam search engine terutamanya Google. Ini kerana search engine menggunakan teknologi webcrawler untuk menyenaraikan dan memberi ranking sesebuah website secara automatik berdasarkan keyword yang dicari.

Apa yang boleh dilakukan hanyalah membantu webcrawler tersebut agar menjumpai dan menyenaraikan sesebuah laman web.

Sila ke page seterusnya untuk penerangan lanjut mengenai search engine:

http://mynet2u.com/pemasaran/searchengine.html

 

Link Kandungan Mynet2u.com

 

 

 

Ebook Percuma !!

Panduan Menjana Pendapatan Sampingan versi Percuma

Ebook panduan menjana pendapatan sampingan dari rumah percuma



wang pendapatan sampingan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Valid HTML 4.01 Transitional

Valid CSS!

copyright | privacy | home

Kandungan website Mynet2u.com adalah hakcipta terpelihara. Peniruan secara langsung atau peniruan sebahagian dari kandungan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran. Jika anda dapati informasi di dalam website Mynet2u ini berguna, masukkan link Mynet2u di dalam website anda http://www.mynet2u.com
Copyright © 2005-2007 Mynet2u.com. Alright reserved