Bina Laman Web

Panduan Membina Laman Web (Beginner)

Sebenarnya membina laman web adalah tidak sesukar seperti yang disangka. Sesiapa saja boleh membina website walaupun tidak mempunyai latar-belakang pendidikan I.T. Apa yang penting hanyalah kemahuan anda untuk mencuba.

Secara asasnya laman web atau website dibina dengan menggunakan HTML code. Contohnya adalah seperti di bawah:-

 

<html>

<head>

<title>Laman Web Saya</title>

</head>

<body>

Ini adalah laman web saya.

</body>

</html>

 

Untuk pengetahuan anda, tulisan yang berwarna biru adalah HTML code, tetapi jangan risau anda tidak perlu tahu itu semua untuk membina laman web dan saya pun bukan seorang pakar untuk mengajar anda mengenai HTML code.

Walau bagaimanapun ia adalah satu kelebihan jika anda tahu serba sedikit mengenai HTML code.

* Tahukah anda bahawa laman web boleh menjana pendapatan untuk anda ? Lawati http://www.mynet2u.com/ebiz/ .

Menggunakan Program WYSIWYG Untuk Membina Website

Apakah itu WYSIWYG ?

WYSIWYG adalah singkatan dari "What You See Is What You Get" ataupun "Apa Yang Anda Lihat Itu Yang Anda Dapat". Maksudnya anda boleh membina website dari apa saja yang disediakan oleh program WYSIWYG itu tanpa mengambil peduli tentang HTML code.

Terdapat banyak program WYSIWYG di pasaran yang boleh anda download tidak kira berbayar atau percuma. Antara yang popular ialah:-

Pada asasnya cara penggunaan dan arahan dalam program WYSIWYG adalah lebih kurang sama. Jika anda dapat menguasai salah satu dari program tersebut, besar kemungkinan anda dapat menggunakan sebarang program WYSIWYG yang berada di pasaran.

Baiklah, pada page seterusnya saya akan menunjukkan secara asas cara-cara anda membina laman web dengan menggunakan progaram Nvu yang boleh anda download secara percuma di http://www.nvu.com/.

Panduan membina laman web dengan Nvu boleh didapati di http://mynet2u.com/website/nvu1.html

Persediaan Membina Laman Web

Sebelum itu mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda tahu atau perlu disediakan sebelum membina laman web anda. Antara persediaan yang harus dilakukan ialah:

Anda boleh membaca artikel tersebut di http://mynet2u.com/website/persediaan.html

 

Link Berkaitan

Membina Laman Web Dengan Nvu

Persediaan Membina Laman Web

Perkara Kurang Bijak Dalam Pembinaan Website

Panduan Pemasaran Dan Promosi Laman Web

 

 

 

 

Link Kandungan Mynet2u.com

 

 

 

Ebook Percuma !!

Panduan Menjana Pendapatan Sampingan versi Percuma

Ebook panduan menjana pendapatan sampingan dari rumah percuma



wang pendapatan sampingan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Valid HTML 4.01 Transitional

Valid CSS!

copyright | privacy | home

Kandungan website Mynet2u.com adalah hakcipta terpelihara. Peniruan secara langsung atau peniruan sebahagian dari kandungan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran. Jika anda dapati informasi di dalam website Mynet2u ini berguna, masukkan link Mynet2u di dalam website anda http://www.mynet2u.com
Copyright © 2005-2007 Mynet2u.com. Alright reserved